Air liur banyak semasa mengandung dan cara mengatasi

Assalamualaikum,

Sebelum ni saya hanya lihat fenomena ni dialami oleh rakan sekerja saya yang pada waktu tu baru conceived. Ada yang tidak pernah tahu tentang simptom ini dan ramai juga yang mengalaminya termasuklah saya sendiri. Saya memang tak tahu berapa serius keadaan ni. Tapi, sekarang saya yang alaminya. Segala aktiviti agak terbatas dan perlu dilakukan cepat.

Sebelum ni saya pernah terbaca bahawa semasa mengandung, air liur akan menjadi lebih cair berikutan perubahan hormon. Tapi apa yang saya alami, kadang-kadang air liur cair dan kadang-kadang ia pekat seakan lendir. Apa yang pasti, air liur ini sama ada cair atau pekat tidak boleh ditelan, apatah lagi dalam menghadapi ibadah puasa. (ceh, cara tulis entry pon feeling2 ayat doctor..).

Luckily, saya masih lagi dalam tempoh bercuti. Ia agak menduga memandangkan sekarang adalah bulan puasa. Bila air liur tidak berhenti keluar, tekak akan cepat terasa kering. Sehinggalah pada Ramadhan ke-10, saya tidak tahan dan terpaksa berbuka puasa sekitar jam 3pm. Ikutkan puasa, memang lah sayang kerana saya bimbang lebih sukar untuk menggantinya nanti, apatah lagi ibu mengandung mempunyai peluang untuk berpuasa penuh. Dalam masa yang sama, saya risau jika badan saya dehydration. Jika kekurangan air, ia boleh menyebabkan kencing kotor dan menjejaskan kandungan. Demi baby dan diri sendiri, saya tekad untuk membatalkan puasa.

Saya terima simptom ini sebagai dugaan semasa mengandung dan menghadapinya dengan sabar, namun selepas melewati usia 3 bulan saya baru terfikir untuk mencari petua seandainya keadaan ini boleh diatasi atau dikurangkan. Ia tidaklah semudah yang disangkakan untuk menghadapi situasi ini. Antara salah satu cara untuk atasi ialah;


  1. Makan buah cicah garam
  2. Minum ais
Petua yang pertama tu saya belum mencuba. Tapi yang ke2 tu dah selalu sangat minum minuman berais time berbuka. Tak ada apa yang berubah. Dalam bulan puasa begini, rasanya kene hadap je lah. Malam ni kene cuba petua yang 1st.

Semoga berhasil. Amin...

No comments: