D' Apple Frozen Lamb Chop & Chicken Chop

 Maaf posting sebegini di bulan puasa.
Lamb Chop D'Apple
Kali pertama saya mencuba lamb chop D'Apple, saya rasa x cukup. Nak lagi dan lagi. Kebetulan pulak sebelum bersalinkan T, craving sangat. Lepas T lahir, langsung bisnes benda alah ni. Lepas tu saya minta suami dapatkan sos perap dia dari supplier. Buat perap ayam dan daging. Rasa sos perap dia agak berbeza dengan sos-sos perapan yang lain. Rasa yang sangat catchy you know hehe. Till now kami masih mencuba produk-produk lain untuk mengetahui beze rasa berbanding D'Apple.

Gambar dari bos


On March 2015, suami dilantik menjadi supervisor produk D'Apple untuk Negeri Terengganu. Entah bagaimana dia bermula sehingga sale pada bula pertama sangat tinggi, 3-4X top up 2 deep freezer. Saya cuma tolong sikitsikit saja even isteri kepada penyelaras akademik kolej saya mengetahui mengenai produk ini daripada facebook D'Apple Terengganu bukan dari saya.

Awal.
Peringkat pertama, kami target kedai-kedai runcit dan frozen yang kecil sahaja untuk percubaan jualan mereka. Dan juga jualan untuk individu/grouping. Beberapa promosi dijalankan seperti RM100 dapat 10 kotak percuma 3 kotak. Ada juga dijalankan peraduan selfie dengan produk D'Apple untuk layak memenangi tunai RM500.

Intermediate.
Perniagaan terus diperluaskan lagi ke pasaraya-pasaraya kecil dan sederhana. Antara pasaraya yang terlibat ialah 4 buah Tunas Manja di seluruh negeri terengganu. Yap, ada 4 buah je Tunas Manja dalam negeri Terengganu. Alhamdulillah, di bulan Ramadhan mulia ini dan selepas Raya Aidilfitri ini, di samping suami sibuk dengan marketing lada, produk D'Apple sudah diterima untuk memasuki pasaraya-pasaraya besar iaitu Mydin Mall (Padang Hiliran dan Gong Badak), Giant (Padang Hiliran dan Gong Badak) dan Hock Kee Seng (Tanjung dan Gong Badak).


Bagi anda yang belum atau yang sudah mencuba, anda boleh dapatkan produk ini di kedai-kedai yang tertera banner produk atau akan datang di pasaraya yang telah dinyatakan di atas tadi. Rasalah kelainan produk ini okay.

Produk.
Untuk chicken chop, ia didatangkan dengan 2 rasa iaitu original dan spicy. Untuk penyediaan makanan ini, cara-cara penyediaan sudah dicatat di bahagian belakang kotak dan ia sangat mudah dan cepat.
Hanyalah peha ayam segar terpilih.
Hanya bahagian daging kambing yang sangat enak untuk dinikmati seisi keluarga.



Selain frozen lamb chop dan chicken chop, D'Apple turut memasarkan sos perapan, sos lada hitam dalam 2 bentuk packaging. Botol dan plastik. Untuk 1 kotak produk D'Apple, sos lada hitam untuk cicah sangat banyak okay. Boleh simpan pulak untuk makan pada lain masa jika nak cicah dengan makanan lain. Sos ini hanya perlu dipanaskan sekejap sebelum dimakan setelah defrost dari freezer.

Kilang D'Apple terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Keadaan kilang sangat-sangat bersih *gambar tak jumpa pulak, ada dalam pamplet.

Bagi individu yang ingin sertai menjadi keluarga bisnes D'Apple, anda ditawarkan kaedah Bisnes-Tanpa-Modal.

Untuk maklumat lanjut mengenai bisnes dan produk D'Apple, anda boleh berhubung dengan;

Encik Mohd Juslira Jusoh
01112189379

No comments: