14 Feb

No, we never celebrate valentine's day. It's hubby's birthdate. Around the date, is my EDD. The official due date is 11-Feb but no one know when our precious one wanna come out to see us. And I think it will happen before 14 Feb.

I asked him twice what does he want for his birthday, but he want nothing! Maybe he only want baby instead, among of all gift in this world. I decided to do online shopping, picking some accessories for work. Guess what? After a short thinking, I bought a belt for him. They r from Zalora.

These are the top 3 of my selections. Which one is the best? Shyy! Its surprised. Will be arriving on his work table. ;)

Counting & counting


21-01-2013: monday
hari ni terasa mcm ade mild contraction jer. cewah konon mcm tau2 sgt. org kata ala2 senggugut gituh. tp rsa tu halus2 je. so far. dtg skali skala.

23-01-2013: thursday
mlm td kekonon nak banyakkan berjalan dlm umah, naik turun tangga, tapi siyes letih. lepas maghrib tertidur langsung sampai jam 10pm. paksa diri bangun, kemas dapur, naik ats jemur baju. packing apa yang patut. minum susu. n entah2 hape lg yg pasti no exercises. badan flat. tenaga out.

pg ni tgk gmbo baby rebecca nur islam.
tgk baby eira syazira azad jazmin
baca twit dr.halina
oh 2 mlm lps dpt berita ank jiran kakak yg due 9/2 dh slmt bersalin ank ke2.

saya?..i'm still counting..its okay baby. mama trying to persuade you to come out tomorrow. Ahhhh? tomorrow? yesss. the day after today.

it's 12 Rabiulawal 1434. the best date ever. luckily, its 24.1. oh my...our 4th anniversary.


hari ni bosan giler kot. teammates semua pergi berdemo system n discussion cum analysis kat client site @kuantan. tinggalla aku...sendirian bertemankan malam sepi..ops itu terbabas lagu tuk ti.

xde la keseorangan sangat pun, staf2 unit lain still existed, cuma tahap kesunyian adalah pada level yang sama.

seriously, macam da malas nak baca pengalaman org lain banakkan anak pertama. ngeri. sedih, semua feeling mixed in one. x pasal2 kang saya menangis kat ofc yanghening bening ni. even sebanyak mana pun saya tahu yang beranak itu sakit...sakit dan amat menyakitkan..saya sedia untuk hadap.

Makan, makan & makan

Malam td berkesempatan pergi majlis tahlil arwah bapa saudara belah hubby. Arwah Pak Harun. Sempat lah beramah mesra bersembang dengan mak-mak sedara hubby. Yang pasti mesti la topik mereka berkisarkan isu kandungan dan kelahiran. Bila tok keluar after solat, Tok Yam tegur perut saya yg besar, kenyang ni katanya, disambut gelak ketawa mak-mak sedara. 9 bulan dh ni .. sambung Tok Yam. Mak-mak sedara mcm terkejut sebab tekaan Tok Yam sgt lebih tepat berbanding anak-anak Tok Yam sekalian. Haha! Kagum dengan Tok Yam. Bila tiba time makan, Mak Cik Ani, mak sedara hubby juga offer saya kuaci *biji labu* lepas kami makan nasi kuning. Saya tolak dengan baik sebab kenyang sangat makan bertambah. Dia tanye lagi, tak teringin ke ni? Tak, jawab saya lagi. Saya faham dan sangat terharu dengan orang sekeliling termasuk kawan-kawan. Mereka sebolehnya akan mengotakan apa saja hajat makanan saya selama mengandung, dan lebih2 lagi bila dah sarat begini. Semoga Allah saja membalas kebaikan dan pemahaman mereka pada saya. Si husband lagi la, time2 gini saya sebenarnya kene control makan jgk sebenarnya. Tak boleh ikut nafsu. Padahal time gini la nafsu membuak-buak untuk makan dan makan. Mengalahkan 8 bulan sebelumnya. Hai, masak lah nak kecik balik nanti. Dah janji dengan hubby kene kuruskan balik. Kalau tak janji dengan dia pun, tetap janji kat diri sendiri seboleh mungkin nak jaga badan. Walaupun ada suara2 yang akan cakap..ala susah punya la. Kita cuba la kan. Sebab bonda saya sekarang dijaga oleh kakak saya #2. Jadi, bonda tak dapat la nak catu apa yang saya makan, Yeay! Suami, macam biasalah, ikut je selera bini. I want this, want that, u go get it. Huuuu..Bila berpantang nanti, akan dijaga oleh kakak no2 juga. Siap lah, awal2 lagi dia kata kawalan makanan pantang semestinya ketat. Yo lah tu kan. Ikut ajer lah kalau nak sihat n back to normal semula. 2 bulan je pon paling singkat. Sama juga tempoh macam alahan. Hopefully, ia tidaklah memebebankan. Ikan bakar dah memang faveret pun. Tak ada kuah2 pun dah cukup. Ikan bakar cecah air asam..yuuuuu bes nya.

37 minggu 2 hari.

Auuuu, bila nak banak ni ?

Check up 37 weeks

37weeks.

Haaa..rasa macam nak nyanyi lagu Salamiah Hassan jer.. - Menghitung Hari. Bukan menghitung minggu lagi dah? Tapi saya masih lagi menghitung minggu kot. Kalau tak week ke 37 mayb weeks ke 38. Ha, sesuka hati sendiri je kan.

Check up 37w;

  • BP naik 10.
  • Berat naik 0.5kg dlm 1 week
  • degupan jantung baby meningkat semula ke 144.
  • Tinggi rahim brtambah 1cm dlm seminggu ni.

Menanti tanda-tanda bersalin/signal;

  • akan keluar air ketuban dulu ke
  • akan keluar tompok darah ke
  • akan sakit memulas dulu ker
  • akan rasa kerap nak 'terkenc' ker
  • akan rasa nak terberak ker
Tapi badan selalu berangin lately, membawa kepada muntah.
Hujung2 jari tangan kanan kebas. Consider itu fenomena biasa.
Bila JM tanye ade masalah? Takde. Maleh dh nak ke klinik BP tunggu lama2 untuk jumpa doktor.


Hai anak, bila la kita akan berjumpa ya?
24012013 - anniversary mama-walid yg ke-4
11022013 - lawa juga edd ni
14022013 - birthdate walid

Bila2 pun, semoga kita berdua selamat ye nak.

Huwaa, macam banyak je nak tulis, nak luah. Tapi, macam nak study cukup2 cemanaer cara terbaik nak push.

Baru-baru ni sempat lunch dengan member primary school mama. Dr.Azura. Dia ajor cara nak push. Wak ikutkan teorinya macam senang tapi bila nak apply, macam susoh jer beb. Bila tiba masanya entoh buleh ingt ke x tips2 dari kawan2.

Sekali usaha - 3X teran.
Dalam masa teran, kene curi2 nafas.
Ada orang czer bila ank ckup sifat sebab nak kuarkan anak cpt2, takut jadi pape jika lbh lma lg dlm kandungan. Bila dengar mcm tu, wah mcm ada rsa terpengaruh juga. Tapi, eh, umur saya *baru* 31 tahun. Kenapa perlu pilih cara tu dengan sengaja? Nanti lagi susah nak conceive anak seterusnya. Anak seterusnya? Hmmm..

Dalam keadaan sekarang, perasaan bercampur baur juga. Antara sabar dan tidak, antara bimbang dan tenang..Baby dah grow pada tahap kemuncak (entah baper kgs), oh mama sangat ingin tahu, dan pastinya ruang untuk dia beraktiviti semakin sempit. Walaupun dia semakin gagah, tapi x selalu dia nak tunjuk kegagahan dia tu. Selalunya waktu mama dah x gagah. Waktu mama sepatutnya tidur la tu maknanya. Macam malam tadi. Alkisah, mama terjaga sebab sakit gigi teramat. Bila terjaga, baby tengah beraktiviti dengan agresifnya. So, untuk kurgkan sakit gigi, kene la bangun bancuh susu pekat2, minum sambil layan anak yg tgh practice silat. Hagak2 sakit dah kureng sikit, baru try lelapkan mata semula.

Carpal Tunnel Syndrome

Sindrom kebas hujung jari.

http://www.budakladang.com/2012/04/kenapa-tangan-kebas.html
Kebas jari adalah biasa bagi wanita mengandung.

http://drzubaidi.com/blog/?p=1500
Kata Dr.Zubaidi: Ia sering berlaku kepada pekerja2 dalam sesuatu bidang termasuk programmer computer.

Saya belum pernah dengar masalah ni sebelum ni. Sebab tu ala2 takut juger. Bimbang ada masalah kesihatan lain seperti peningkatan tahap kolestrol atau lain2. Moga dijauhkan. Maklumlah, hujung2 ni makan x hengat.

Semalam baru la sis #2 bgtahu yang sindrom ni biasa bagi wanita mengandung. Dia pun alami jgk dulu2. Dia terlupa time saya tanya, lama2 bru teringat.

#Listen

Fakta;

  • Forum dalam universiti: UUM
  • Tajuk: "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik"
  • Dianjur oleh NGO
  • Atas nama SW1M - 1Malaysia? NGO?
  • Tayangan muka YB Nurul Izzah, demostrasi jalanan - motif? NGO?
  • Bagi ruang soal-jawab tapi belum habis soalan dan cantas. Motif? NGO?
  • Bawani naikkan volume suara sebab ramai bersorak, bukan kurang hajar.
  • Malaysia VS Others country & Manusia VS Binatang
  • The mission of SW1M is they are trying to brainswash & making sure the mahasiswa don't go against the government. Is that real NGO?
#Listen11x
#Let Me Speak
#Complaint3X

Check up @36 weeks

Malam tadi terjaga lg around 2.30am, muntah2 lagi. Angin kus-kus. Kene avoid terus cekodok atau kuih diperbuat dr gandum. Solat Isya' dan terlelap semula sebelum masuk kul 4am.

36 weeks 2 days. (Based on 1st day of last period. 4/5/2012)

Summary check up hari ni;
BP - OK 110/70

HB - Cantik & Naik 12.7 - Rasa2 ada kaitan dengan khasiat buah kurma. Cuma sempat makan sebiji kurma ajwah & 1 sudu VCO sblm pergi check up.

Berat - Lebih 0.5kg - Yess selera agak melampaui batas lately.

Degupan jantung baby - OK walaupun kali ke-2 JM Norazrin cari baru jumpa. Mungkin kerana faktor tumbesaran baby sebabkan bunyi semakin sukar untuk dikesan sedangkan baby dah jolok2 perut mama.

Sembab kaki - Ya. Alami juga bila dah hujung2 ni. Jari-jemari of course memang x leh nak pakai cincin baru dah walaupun cincin tu bsr - longgar time sebelum peknen.

JM brief mulai sekarang bila-bila masa saja akan deliver walaupun due 11/2/2013 sebab kandungan dah melebihi tempoh 9 bulan. Kata orang pulan, mungkin juga boleh delay lagi memandangkan 'perut masih belum turun'/masih kemas. Entah la. Berserah pada Yang Maha Kuasa. Yang selalu bermain di fikiran cuma - berapakah berat baby sekarang agaknya. Risau la sebab selera bertambah sakan sekarang. Nasib baik dah hujung2.

Sementara tunggu nama dipanggil untuk check perut and timbang, ada lah sorang preggy woman ni, leh dikatakan muda lagi, dalam lingkungan akhir belasan tahun hingga awal 20-an(entah lah saya bukannya reti nak bajet usia orang skrg ni.) Dia toleh saya, and panggil "Mokcik, kene kencing dulu ker?"
Whatttt??? Mokcik mu pggl aku? Hua3. Walaupun saya ada anak saudara yang dah umo 27 tahun, tapi aku x suka kot org pggl aku makcik! agak jengkel di situ. Agak-agak ar dik berbahasa tu. Then, saya macam..huh..x berapa nak give respond sangat budak muda cam ni. Baru mengandung kut. Dah register & buat buku. Tapi still terpinga-pinga prosedure check up. Should be dah diberitahu JM-JM sekalian yang ada kat situ. Then, dia macam mengeluh lagi, katanya x ramai pun JM yang bertugas. Aik?? Berapa kali kut adik ni dtg check up kat sini. Hari ni dah kira full dan semua JM bertugas. Semuanya 4 orang tak termasuk JM2 bahagian lain, iaitu 2 bahagian lagi, 1 bahagian rawatan pesakit luar dan satu lagi saya tak tahu. Saya macam sengih tak sengih n senyum tak senyum je la. Then dia talk about the cat yang tengah buyung jgk mundar mandir dalam klinik. Katanya, bsrnya perut..dah 8 bln kot..Saya senyum kelat tanpa toleh dia.

Saya tak suka sgt pets. And jarang nk bg respond bila ada yang perkatakan about the pets. Kdg2 je la layan. Teringat zaman kat Buzznet. Sorang kawan; Nadiyah hebat duk cerita pasal anjing area rumah sewa dia. I just like hear cam2 tu je n macam xde orang pun ckp dgn saya time tu. Oh! Kejam kot. Then, nasib baik ada si Ajis(Aziz) kat tempat penceritaan. Dengan semangatnya si Aziz yang baik hati ni la yg merespond cerita Nad. Hehehe..klakar la bila teringat zaman Buzznet. Setiap orang sangat lain karakter. Tapi itu la yang merapatkan hubungan kami. <3

Baby Carrier pulaks

My heart melted!
Tau tahu lah sebab the daddies here ensem2 ke haper tapi sebenarnya dari dulu lagi..tak boleh tengok seorang bapa mendukung baby. Melted! Tunggu Walid dukung our baby pulak nanti.

Dalam dilema..nak beli sekarang ke bila lagi...Tapi belum puas survey bende alah ni...

Pilihan nama anak

35 weeks of pregnancy.

Finally, mr.husband dah confident untuk dipanggil apa oleh zuriat sendiri nanti. Walid. Yang penting panggilan ni x ramai yang guna, nak2 dlm family, nanti confused. One more thing, husband macam dah muktamad untuk pilih nama baby. Hehe. Lama saya tunggu kesediaannya. Nampaknya tak ada lah nama J**** untuk anak kami nanti...hua3..saya baru nak set kan mind supaya terima dengan hati terbuka semua nama pilihan suami. Betulla, bila kita lebih banyak consider, lagi banyak consideration yang kita dapat. (Apa-apa je lah ayat ni, haha.)
Anyhow, kedua-dua nama yang dipersetujui suami adalah pilihan saya. Suku kata pertama bermaksud: Berwawasan Luas. Nama suku kata kedua pula diambil sempena nama Imam Besar Masjidil Haram (cadangan dari one of my super bff). Disebabkan tak dapat kami nak wariskan apa2 pangkat pada nama anak, kami decide untuk namakan anak sounds like Arabian. Cewah. Sebab, husband x suka nama moden. Dan bagi saya pulak, huruf pangkal nama tu x penting, A ke J ke T ke N ke..yang penting sekali mesti lah maksud disebalik nama tu. Dan suami suka jika nama anak dipilih sempena nama tokoh2 Islam/ulama. Nasihat dari bonda saya, nama anak mesti la berdasarkan panduan/nasihat dari ustaz, jangan main letak jer. So, nama pilihan saya tu di ambil dari buku tulisan Ustaz Sharhan Shafie - Seindah Nama Semurni Peribadi. Semoga anak mama & walid jadi orang berilmu, berguna dan yang disegani. InsyaAllah, Amiin..

Susahnya nak dapatkan pengasuh bayi

Hmmm, kalau cari awal kang, orang kaya poyos. Kalau cari last minute, ni la jadinya, Ke sana ke mari, tak dpt2 lagi. Saya dah survey 3 orang, tak available. Permintaan keperluan bab pengasuh ni memang tinggi. Baby lepas pantang, tak tergamak saya nak hantar ke Taska. Walaupun husband berminat untuk hantar ke Taska Permata sebab pendidikan kat situ bagus. Bagi saya pulak, biar lah baby besar sikit. Fikir punya fikir punya pening, ruopanya my sista no2 willing to jaga. Opkos la kan zuriat dari adek kesayangan dia..wawawa..Katanya dah geli dengan najis2 baby ni..katanya...tapi nak jaga la pulak kali ni..katanya kalau jaga dari baby tak geli la..kekdahnya..pulak dah kan. Cuma agak jauh sikit lah nak pergi hantar and hambik. Dalam 45mnt kot. Kene tambah masa dr sana ke ofc pulak dalam setengah jam atau lebih. Wuwuwuw..cemana la agaknya nanti. Bagi baby yang tak mandi kot, hua3..Sebab kene keluar awal. Silap2 mamanya yang tak mandi jugak sebab mandi kat sana. Banyak cantik! Daripada orang luar jaga, berpuluh kali lebih baik kalau adik beradik sendiri yang jaga. Kene tambah transport nampaknya untuk gilir-gilir hantar.

Perihal botol susu

Sebelum ni survey punya survey, saya jatuh cinta dengan Tomee Tippee. Hasil komen2 pengguna pun sangat memuaskan tentang botol susu jenis ni. Harga kita tolak ketepi dulu. Semua nakkan yang terbaik untuk zuriat masing-masing kan?

Saya pun beli la online pek botol berkembar size sederhana. Kononnya lah nak guna size tu je start baby kecik sampai besar. Kedekuts punya mama! Fikir balik, mana cukup. At least kene la ada 3 size. Kesian la baby kecik2 nak latch botol besar nnt tutup lak muka dia yg cute/kecik tu.

9oz

Kebetulan baby kakak, Nawfal menangis xnak isap botol. Nak susu dada jer. Saya tergerak nak test botol susu TT ni pada dia. Saya basuh n rendam dengan air suam kejap. And do testing! Saya letak air dalam puting tu then terbalikkan. Air tak keluar pun dari puting tu ok! Then, saya isap/sedut puting tu. Baru la keluar. Kakak saya pun teruja jugak sebab putingnya macam puting breast. Ada lebih dari 1 lubang. Actually, saya x sure breast ade baper banyak lubang, yang pasti puting TT ni ade 2 lubang. OK la tu. Sesuailah dengan temanya 'CLOSER TO NATURE' kan. Kalau google2 lagi, tahu lah yang botol ni banyak dapat award. Rupa2nya! Ia selamat untuk bayi.

So, saya tambah beli lagi: online from Littlewhiz. Kalau beli yang 5oz macam rugi la pulak, boleh pakai kejap jer. So, beli size yang sama,9oz. Botol berkembar. Untuk size besar, bila baby dah besar sikit, ok lah kalau nak cuba botol lain pun. Kebetulan boleh redeem guna points carseat & medela pump sebelum ni, sambar lah sebijik jenama Momma. Free! Tapi macam rugi la pulak. Masalahnya, botol jenama Momma ade berus bentuk khas n sarung khas. Wah costly. Tunggu lah dulu. Kot2 boleh redeem lagi. Mood berjimat!
5oz

Kadang orang kata jangan syok sendiri je beli botol susu ikut suka. Kene ikut kesesuaian dengan baby kita jugak. Maknanya kalau botol mahal pun, kalau si baby reject..mama lah yang menangis jawabnya, haha!

Takpe, for the beginning, mama test 2 jenis dulu. Tomee Tippee dan Momma. Kalau baby tak suka, boleh let go jer. Cari lain!

Bonda's health: Part 2

Selepas lbh krg seminggu bonda saya sihat dari penyakit gatal-gatal tu, punya la dia aktive buat macam2 kerja/urusan. Mana taknya dalam 3 minggu melayan gatal. Tapi....
Menjelang Khamis 3/1/2013..kami diduga lagi. Ibu saya rebah semasa halau ayam-ayam yang suka datang bertandang and berak kat rumah kami.

Bersambung...sedih!