Awal2 maybe tak boleh kata meniarap. Tapi terlingkup kot. Haha. Terlingkup plus tersembam muka. Terkapai-kapai. Nasib baik atas tilam katil. Nasib tak baik waktu sebelum Subuh. Nasib tak berapa baik, waktu mommy mengantuk Ya Rabbi. Plus penat susukan dia lama sangat. Lenguh badan. Pusingkan sekejap belah kanan. Dengan suara anak uh ah uh ah. Pusing tengok dah terlingkup. Terhenti sekejap jantung mommy.
Tu la detik2 cemas masa awal2 Q pandai meniarap. Percubaan tanpa kemahiran.
Perasaan tak terungkap.
Pabila melihat kemajuan perkembangan anak.
Mulanya ralat juga bila seharian tinggal bekerja.
Bimbang tak terlihat kemahiran2 baru dia.
Malam tadi, pada umur 3 bulan 2 minggu dan 6 hari, Qushayyi dah buktikan pada mommy n Nek Chek bahawa Q dah mahir meniarap dengan mood happy dia tu. Syabas anak! Lengan dia dah tak sangkut badan lagi untuk balikkan tubuh. Sayangnya walid tidur awal.
Selain meniarap dah mula menggigit dengan kuat juga. Terjerit-jerit mommy kesakitan kene gigit dengan kuat. Siap muka dia skali tunjuk geram. Nasib baik kecik lagi. Kalau tak, dah kene cepuk punggung tu haha.
Ya Allah..anak mommy dan walid dah pandai rupanya. Will full confidence.
Sebelum cecah umur 3 bulan dah nampak gaya2 Q suka mengiring. Mungkin sebab selalu sapu losyen kat blkg bdn dia pagi2 sebelum hantar ke rumah kakak. Bila golek dia ke kiri dan ke kanan.
Bila cukup umur dia 3 bulan, dah mula belajar pusing badan meniarap. Bila tak berjaya, dia tensen la, masa tu kne tolong dia sikit2.
Minggu2 selepas tu dia terus belajar dan belajar sendiri. Hari cuti tu, dia gigih belajar meniarap sebelah walid yang tengah tidur kepenatan. Saya pantau Q. Airmata saya jatuh. Teruja tengok perkembangan dia.
Mulanya Nek Chek x bagi Q niarap awal2. Takut lemas katanya kalo leher x kuat lagi.
Alhamdulillah..tulang leher Q kuat sebelum mahir meniarap lagi. Punggung dia tak berat untuk berpusing. Kaki dia kuat untuk sokongan.
Kalau rajin, mommy tepek gambar terbaru dia kat sini.
Qushayyi si Baby Shaklee.. ;)
Now saya realize, patutlah ada baby shaklee yg dah boleh meniarap umur 2 bulan.
* Ingin supplement Shaklee untuk kesihatan semasa mengandung?
Contact saya. sms: 0145206510
No comments:
Post a Comment