Adakah ultrasound berbahaya pada kehamilan awal?

Persoalan ni seringkali kita tertanya. Dan ramai orang mengatakannya bahaya. Berdasarkan pembacaan saya;

USG diawal kehamilan seperti pada paruh waktu lain dalam kehamilan tidak berbahaya. Karena USG kan bukan sinar X. Radiasi yang dihasilkan lebih kurang seperti peralatan rumah tangga lainnya seperti TV, komputer dll. USG hanya berupa suara yang ditembakkan ke jaringan lalu pantulannya di tangkap pada layar monitor. Cairan biasanya berwarna hitam dan jaringan padat berwarna putih (USG 2 D).
Nah. Tak bahaya. Malas dah nak cari info lagi.

Trauma akibat keguguran

Penantian anak pertama yang ditunggu-tunggu. Rupanya lebih hebat dari yang disangkakan. Lebih hebat dari sebelum ini. Saya sangka saya kuat untuk menghadapinya. Bila perasaan makin tidak terkawal, saya lari ketempat lain. Bila tension dan selepas basah baju dengan airmata, saya tertidur. Dengan harapan semua ini adalah sebuah mimpi buruk. Bila terjaga dari tidur saya jadi terpinga-pinga dan rasa gelap. Bukan tidak pernah melawan perasaan. Dalam keadaan biasa2 dan sedang buat sesuatu tetiba perasaan sedih datang dan membuak-buak. Terkilan, terharu, terlampau sedih dan segala ter semua ada..Tersoal dalam diri kenapa semua ni terjadi..Apa hikmahnya? Dan saya tahu hikmahnya adalah sebuah KESABARAN kerana itu semua ujian.

Keguguran ketika usia kandungan 5 minggu 3 hari

Pg (18/6/2011) saya buat UPT lagi. Ternyata 95% negative. Hati dah bersedia sejak semalam. Bersedia menerima hakikat yang amat pahit.

ADAM: "Adam dah penat dah.."
AIDIL: "DAM..tgk abg..kenapa nak jauh dari Allah? Kenapa salahkan takdir?"
ADAM: "Saya tak sanggup tgk Nur kecewa lagi..."

Airmata adam mengalir bersama air mata saya.


Surah penghibur Nabi Muhammad SAW slps pemergian 2 orang insan tersayang.

Sudahla tunggu lama, gugur pula. Suami saya marah bila ayat ni terkeluar dari hati saya. Saya tau dia lagi frust dari saya. Mungkin.

Bila kita belum pernah disahkan mengandung, banyak telunjuk yang menyalahkan isteri sahaja. Bila keguguran berlaku, kesalahan tetap di pihak isteri kerana mungkin stress atau tidak menjaga kandungan dengan baik. Ketika belum tahu berbadan dua, segala kelasakan saya lakukan tapi UPT tetap positive. Bila dah tahu, bukan main lagi saya dimanjakan suami dan bonda serta keluarga, namun ia tetap bukan milik saya. Tetap pergi jua.

Perasaan saya?
Rasa mahu campak semua supplements. Mahu tidur seminggu. Saya tidak menangis-nangis dedepan semua. Walaupun saya rasa mahu. Saya menangis teresak di dalam hati. Di mana tiada seorang pun nampak. Kadang2 mata saya bergenang air tanpa terlihat oleh sesiapa. Jika bonda saya terlihat saya menangis, pasti lah dia semakin risau anak bongsunya akan meroyan.

Kenapa doctor azizan x bagi asidfolik atau duphaston bila dah confirm saya positif? kenapa doctor k cuma bagi asid falik? Saya pun terlambat untuk dptkan ubat kuatkan rahim dari doktor homeopati. Dia tiba di saat saya sangat perlukannya. Namun, kehendak takdir, dia pergi di saat saya sangat mendambakan kehadirannya...

Saya redha selepas terbaca web Dr Zubaidi. Jangan ditangisi bayi yang keguguran. Kerana dirinya tidak sempurna. Seandainya dia hidup, adakah kita gembira dengan ketidaksempurnaannya?

Esok saya akan gagahkan diri hadir ke office. Pretend like nothing happened. Selepas seminggu baru saya akan menghadap doctor lagi. Dengan harapan dptlah MC seminggu.

Moral value

Saya teringat-ingat tentang seseorang. Yang sgt sinis dlm menyampaikan maksudnya bhwa: saya tidak mampu mengandung. Pelajaran yang saya dapat hrn; Saya manpu mengandung. Bidan2 juga bgtahu yg saya & suami tdk mandul. Tapi Allah syg saya sbb itu Dia bg ujian lebih. Dia bagi skjp tapi skrg hlg. Belum tau lg hlg kjp/lama.

Pendarahan dan senggugut sekitar usia kandungan 5 minggu

 Setelah beberapa hari dilalui dengan senyum dan bayangan indah bersama suami dan insan terdekat, seterusnya saya Di-uji lagi. Pagi td(18/6/2011) bangun dari tidur ader pendaran warna merah gelap, coklat gelap dan cair. Panik. Bersihkan dan pakai pantyliner. Bermulalah rasa sengugut dan sakit perut ditambah membuang air besar berkali-kali. Hati dah gundah. Resah. Bertahan sehingga jam 10am. Darah kering dan sakit hilang kejap jer. Ingatkan nak tunggu malam baru refer DK @Klinik RH & K. Tapi ht minta disegerakan. Banyak klinik tutup hari jumaat. Diskas2 akhirnya decided pegi Pusat Perubatan Intan lps hubby smyg jumaat. Doc scan lagi. Dah tak nampak aper2. Ia kosong sekosong hati saya. Dah x nmpk imej sac tu. Sprptimana masa DK scan 3 mlm lps. Doc cakap tak de tanda mengandung dan juga tak de tanda gugur. Doc pusing2 calendar dia yg mcm roda more jutaria tu. Katanya sepatutnya usia kandungan saya sudah 7w.

Then WHAT?? Adakah 2 strip UPT adalah false positive? Dah banyak saya baca jrg/hampir xde UPT false positive. Even samar2, means mmg ader  kehadiran janin. Adakah imej scan dgn DK mlm itu juga imej yg fake? Macam lah DK x prnh scan org menagndung kan..its OK. Saya masih mampu menahan air mata dan perasaan. Saya tahu hubby boleh membaca airmuka saya. Tp saya pretend. Doc suruh tggu lg semenggu. Saya rasa akan tunggu 1 bulan lg. Kot. Sepatutnya DA nk scan saya rabu nanti(23/6/2011) time dah capai 6w. Sekarang saya dah konfius. Ada atau tiada.80-20. Hubby masih optimis. Dan saya cuba untuk belajar menerima hakikat sekiranya ia pahit melebihi hempedu. Scan: RM39. Ubat demam bonda RM29. Mahal 5iut.

Semuanya di tgn Allah SWT...Seandainya Allah mengizinkan kami terus senyum, EDD anak kami adalah bersamaan dengan birthdate hubby. 14/2. 2012. Adakah Allah izinkan sesuatu yang indah itu berlaku dalam hidup kami...

* Pagi esok saya akan retest urine.