Product Review: Shaklee Nutriwhite


Lama tak buat product review. Baru beberapa hari saya pakai facial foam jenis ni, hubby dah tegur, nampak cerah semacam jer. Terus saya jawab guna produk shaklee siap bagitahu harga nya. RM95. Siap menambah, sesuai lah kualiti dengan harga nya kan bang? Hehehe. So far, puas hati. Jerawat pun lama dah x naik. Cuma dalam usaha pudarkan parut marut lama ni. Biarlah xde orang yang cakap berseri ke apa janji diri sendiri rasa kulit tak sekusam dulu. Lepas cuci muka, boleh nikmati rasa kulit yang sangat lembut dan rasa bersih.

Sebelum ni saya dan try Enfuselle Shaklee. RM71. Tahan lama la jgk berbulan-bulan, 4 hingga 5 bln kot. Nutriwhite ni pulak ada yang ckp thn sampai 10 bln! Berbaloi-baloi. Sebab nak jimat dan takot membazir dan takot malas nak pakai semua item dlm 1 set, saya beli facial foam je dlu. Walaupun teringin nak try night cream untuk rwtn intensive. Kemudian la kot, lepas abis pantang ke.

Kene rajinkan diri makan vits Shaklee untuk dapatkan kesan yang lebih baik. ESP dah habis!!!

No comments: