Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba

Baru ni duk citer bab-bab bajet diri sendiri depan bonda saya..tiba2 bonda suarakan, bila nak beli lampin baby?

Hah?? Oh! Ok. Sebenarnya bonda saya yang lebih excited. Excited yang dipendam-pendam. Kalau ikutkan dia tak bagi beli awal. Saya pulak tak boleh tunggu sangat sebab kerja sangat bz. Tak banyak masa nak survey(kes manusia cerewet mcm saya) dan merayau cari barang. Tambahan ada beberapa kali lagi siri ulang ke Kuantan jumpa client.

List dah lama buat. Tapi masih blur nak beli apa yang penting dulu. Huh.Panic tone!

Baru order bakul rotan tuk buh kain baju baby. Beli online jer. Semoga bakul rotan ni tahan sampai anak keberapa pun. ;)

Saya pilih yg ni. Saiz L. Nampak mcm thn lasak. Corak kain alas tu available yg itu je. Terima je lah.

Asalnya berkenan yang ini. Sebab color cerah. Tapi no response dr pemilik blog.

Next survey for: Baby stuff backpack.




2 comments:

Anonymous said...

bakul ni beli mana ye?

Tuannor Hamzah said...

maaf sbb x sertakan details penjual.
saya google n jumpa blog.org yg jual ni duk Perak. cer gugel ;)