Catatan Kemajuan Qushayyi: Sel-sel otak sedang berhubung

Bismillah..
Ada sesuatu yang penting untuk disematkan dalam catatan memori kat sini. Tak mahu ia berlalu begitu sahaja macam angin lalu.
Penting buat saya. Sahaja.


  • repair/tanggalkan tudung mommy
  • kene follow the daily routine
  • passkan surat pada Pak Anjang
  • tgk walid suap mommy, senyum n pndg mommy the tanya.."Dap?" (Sedap?)
  • suka tgk walid or mommy cooking
  • sengih2 bila kami semua duk cerita pasal keletah dia depan dia..
  • 4.10am turun dr katil, pergi cari botol yang dia campak mlm td..n minta mommy buatkan susu..oh Q dah semakin bersedia untuk naik pangkat.

You will always be my baby no matter what happen..
Mommy sayang Abg Q tanpa berbelah bagi jika esok2 Allah nak bagi Q berapa orang adik pun..

Mixed Feeling

Nah..ubat!
Kadang-kadang kita rasa masyarakat sekeliling dah baik dah dengan kita..
Tapi dalam masa yang sama kita ada rasa kita dianiaya..
Tidak dipertimbang seadilnya..
Silap perkiraan..
Sengaja diketepikan..
Dibelakangkan..
Apa yang kita buat untuk manfaat ramai orang, tidak membeliakkan mata diorg pun kot..
Walaupun ia beyond the wall yang kita patut buat..
Kita mampu buat lebih dari yang di amanahkan..
Tapi..apa yang kita dapat lepas tu?
Yillek!
Mcm x ikhlas kan?
Ikhlas tu antara kita dengan Allah saja.
Bagi aku ia tidak melibatkan manusia-manusia.
Pengajaran?
Pandai-pandai lah amik pengajaran.
Mohon makbul la ape yg diorg tu fikirkan..
Amiiiin..

Twist.
Pagi-pagi kita senyum2 jer panjat tangga opis.
Sebab kita dapat nasi dagang sedap dari airport yang kawan baik kakak kita jual.
Sebab kita dapat mihun dari kedai nasi dagang mak ngah.
Sebab kelakar mereka masih sebut2 masih ingat aku waktu kecil-kecil dulu.
Malu.
Whateva pun, tekakku dan demand.
Pelik..
Bila nak approach 2nd trimester baru nak mengidam, baru nak hilang selera.
Baru rasa makan itu x kene makan ini x kene.
Makan hati nak?

Amik Pengajaran.
Baby kan...kan cpt besyor..So agak membazir kalu nk belikan keperluan dia bnyk2.
Baju newborn kemain la beli yg pricy sket sebab masih tengah basah..u know what i mean..hehe..
Pakainya ala kejapnya..2-3 kali kottt..Takpe..adik dpt 2nd hand pon item like new..
Disposable diapers pon mcm tu jugak lah.
Q baru umur setahun 2 bulan tapi dah pakai XL.
Masih muat je L tapi saya xmau tkot dia x selesa.
Susah juger sebab size pun ikut brand.
Masih ade brand yg size L muat, tp brand lain cam ketet jer.
Size XL plk xde pack yg 80pcs. Haiyyo. Kene la beli few packs.
Saya ada la beli 1 cloth diaper masa Q masih dlm perut.
Nak try. So far ok lar. Cuma selalu terlupa nak guna. Ia lbh menjimatkan sebab size flexible.
Then, untuk back di saat waktu kewangan tak menentu, saya ada beli 2 lg cloth diaper. Namanya beli online.
Tak tahu lagu mn thp kesesuaian. 
Bagi yg x familiar dgn cloth diaper ni, agk jakun n pandang serong ttg pemakaiannya. Was-was. Terpulang pd masing2. Hakikatnya penggunaan cloth diaper bkn shja membantu dlm financial management malah membantu dlm pemulihan alam sekitar...Tambahan lagi ia memzekana ibu mn yg rajin n mana yg tidak! Haha.. Jgn sentap..gurau sajer. Ia juga membantu saat2 kecemasan spt kekangan masa shopping n kekangan kewangan. Amik pengajaran, better kita buat stok 2 bulan.


Bagi ibu-ibu yang agak rigid macam aku, eh ramai per ibu2 yang macam ni..
Siang pakai brand lain, malam lain, travel lain, duk umah lain, pengasuh lain. Ko....baper bnyk pesen ko nak..terpulang. Janji kulit montot ank kita kebal n main belasah jer. Basic rule nya, standard 3 jam kalo x berak. 1 or 2 jam kalo yang economy. Stok NB n size S ade lagi simpan untuk adik. Tak sempat nak sedekah kat ank2 kwn pon dah membesar dgn jayanya.







MommyTalk: Solid Food

Alhamdulillah atas semua kurniaan Allah hingga saat ini..daku masih boleh meminjam setiap hela nafas..dapat meneruskan tanggungjawab seadanya sebaik mungkin..terutamanya membesarkan dan mendidik amanah yang Dikurniakan..

Turning Point.
The first 6 months, berhempas pulas cukupkan stok EBM..dah cecah 6m, lega sket sbb dh blh mula solid food. Senarai solid food yg saya intro utk Q ada saya catatkan semua dlm buku khas. Walaupon saya blh rujuk resepi solid food dlm bnyk group fb tp tidak la semudah yang disangkakan utk memenuhi selera anak/anak-anak kita. Q nak kata cerewet tu xla sgt kot, tp dia x suka simply mix puree/food. Ramai ibu2 campur2 buah/sayur - blend. jadi puree, buat stok sejuk bnyk, blh bg ank mkn. Tp Q? Reject! My sis yang jaga dia plk x galakkan buat stok puree. Kalau nak bagi jgk, bagi puree yg fresh. Bkn yg disimpan beku/sejuk. Jadi, saya cuma akn bg solid food yg kurg bercampur-campur sangat. Q biasa suka kentang rebus...pisang...mangga manis..avocado...dll..yang x blh digangdingkan bersama sayur2 lain. Awal2 saya try pure instant solid food sbg *langkah kecemasan*. Sekali jer la dia nak nye. Lps tu reject. OK, mayb sbb xde perisa. Saya tukar yang perisa buahan. Baru dia nak. Lps tu tukar lagi perisa sayuran. Dia layankan jer la. Lepas tu dari semasa saya try juga buat puding roti baby..Alhamdulillah, Q suka. Telur dadar..keju cheesedale keping, dia suka la..janji mkn sejenis-sejenis..x leh campur2 skali harung.Kalau setakat 2 jenis OK lg..xleh blh.. Naik berbulu mata baca ayat tak boleh campur. Haha.


Lps 8 bln, gigi pon dah mula tumbuh..blh la nk upgrade sket makanan tu..dlm proses nk ajr pegang sendiri, mkn sendiri..suap sendiri..tu pon lps saya tgk vdeo ank omputeh..ptt la diorg cpt berdikari..kene dedahkan dr awal..DIY bebeh! biar la sepah sikit pon..tu kan namanya baby step..learning proses..ada ibu bapa yg x suka langsung kotor sikit jd suapkan ank selalu..ank pon lmbt berdikari..selalu hrp bantuan parents..tu scra logiknya..MUNGKIN TIDAK juga yer..depends..

Tapi...gigi geraham bknnya cpt tumbuh..so baby umur tu hanya blh menggigit..bukan mengunyah yer..elakkan yg keras2..no no no...Alhamdulillah juga, Q x mudah tercekik jika mkn sayur..cuma dia akn luahkan blk kalo x blh nk hancurkan dlm mulut..kebanyakan jenis sayur dia blh terima..Ada resepi baby food yg beria-ria saya buat..dia reject juger..simple jer selera anak aku nih..mommy xyah buat pelik2!



Bila dah masuk umur setahun, saya semakin lega! Dalam kepaler saya ni, ah...bestnya..baby dh blh mkn mcm2! Mcm2 la sangat kan..my sis ckp jgn gelojoh la nk bg mcm2 sebab dia x cukup gg lg..dush!
My sis still masakkan bubur ikn sayur or aym sayur...tp kat rumah kami bg nasi lembik...

Delay

7th April 2014. Bru nak publish. Basi oi..

See! Entry 1st labour belum release entah tggu firas sekolah kot baru buleh on air, ni nak kene arrange blk jadual kasi calm sikit. Dgn tgsn Debugging, classes, quiz, examz..outstation..monthly mommy’s nya check up, check up anak, …. haaa seme tugasan yg mommy kene sapu bersih..

Back to angan2 asal sblm pregnant. Nak ank no 1 dan no 2 gap setahun sorg. Kalau boleh nak the 1st two lelaki. Blh nmpk mcm kembar, keperluan no 2 blh jimat (smile here). Tu angan2 asal2 zaman dolu2. Now due to few factors, verangan nak yg no2 gegirl. Tak tetap iman sungguh. Takpe..kan dah kata due to some ketentuan.

Masuk je umur 33 tahun..eh buleh plk terlupa umur sendiri..ingatkan dah 34! Sebabtu macam kalut sket nak tambah ank..haish! ader ke..Lepas anak pertama dah lepasi uur setahun, bila orang tanya, macam dah malas kira..ade ke..

Lepas tu nak jawab lg soalan dah berapa weeks now..alahai..lagi la kene tunggu next scan..

Atas ke tiga-tiga sebab, kene letak lilipie kat blog. Nah, itu tanda cip memori mommy makin kurang performancenya… yang segar diingatan mungkin usia pernikahan kot! ;)

Continue.. OK dah cool pon..sedang memaksa mood untuk siapkan soalan final exam..

btw Qushayyi's development Alhamdulillah..so impressed me n walid. Tapi..tak dpt la menggemukkan dia btl2..sbb aktif kot! Nak berlari je keje..

Demam

Bab demam.

So far umur Qushayyi skrg nak cecah 14 bulan, masuk ni 3x dia demam.
1. masa umur 8 bulan
2. umur 11 bulan - warded due to tonsilitus..bronchopnemonia suspected..
3. 14 bulan ..hari smlam bru sembuh - demam biasa saja.

Tu baru bab demam dan seangkatan dgnnya, blm masuk kes cirit-birit or food poisoning.

Kiranya gap dlm 3 bulan. Saya tak study sejauh mana kekerapan demam yang merisaukan atau adkh gap itu normal atau perlu bimbang. Bagi saya ia masih biasa. Ada juga dalam group yang tanya pasal ni, adakah baby semakin kerap demam lbh2 selepas amik suntikan MMR.

Pada hemat saya, jika demam setiap bulan itu baru saya anggap kerap. Kalau gap 3 bulan skali...lari....jom tanya doktor!

Kaum ibu nak sedapkan hati masing2 diorg akan cakap ala ank demam nak pandai apa pulak lps ni..Termasuklah saya! Nak sedapkan hati kan. Memang lepas baik demam dengan izin Allah ade la tu kemahiran yang dia dapat. Demam tu jugak menandakan antibodi bayi SEDANG BEKERJA. Dengan itu kekuatan antobodi mereka teruji.

Lepas Q kene cucuk umur 3 bulan, tak sampai demam, cuma suam2 kuku saja. Balk dari klinik dia gigih nak meniarap. Tak lama lepas tu pandai lah.

Suntikan seterusnya dia ok saja. Cukup umur 1 tahun saya jer yang seram sorang2. Lebih-lebih. Dengan isu golongan antivaksin lg. Memang dalam dilema. Tapi siapalah saya/kami untuk melawan ilmu doktor. Selebihnya saya berserah pada Allah. At least kami berusaha ikut kemampuan kami. Oh ya masa Q kene cucuk MMR - saya tidak bersama Q dan suami. Mood agak 'ceyngeng' di sini. Kebetulan saya di bilik pemeriksaan lain. Saya cuma dengan tangisan dia sekejap. Saya hampir menangis. Ingatkan sempatlah tunggu saya siap. Bila Q diam, saya lega.

Nurse cakap kene pantau jika demam pon dlm masa seminggu selepas cucuk. Alhamdulillah Allah baik sangat, Q x demam. Lega saya bukan kepalang lagi. Oh ya, Q blh jalan sebelum umur dia setahun, maknanya sebelum dia kene cucuk, ala memang la sebab saya bawak dia pergi cucuk lambat! Hambik kene marah. Cuak kan tkot kene cucuk.

Ok dah..



Anak pertama

Assalamualaikum pd silent readers yg sudi or yang tersinggah..
Tetiba je mood x baik pepagi ni nak kene tulis kat sini.. Kenapa tak baik, biar lah saya simpan sebahagiannya.

Bz la sgt kononnya dgn life sekarang sampai tak terhapdet sudah rungan memori ni. - ayat cliche and alasan kukuh bila lama x menulis.

Cabaran bila ader toddler. 1 toddler for current situation. Basically sama jer semua bg new mommy. Tapi terpulang pada baby masing2 sama ada banyak ragam atau tak. Sakit demam skali skala tu normal lah. Mana ada budak yg x sakit demam langsung ken..Tak tahu la kalau memang ada. Rezeki masing2.

Bagi kondisi saya/kami dalam membesarkan putera sulung ni..so far Alhamdulillah, ok je la dlm bnyk sudut. Walaupun kami working parents..dedua kerja..so far ok lar sama2 handle anak teruna sorg ni. Cuma apa yang penting saya nak highlight di sini ialah..ada satu perasaan pelik saya rasa. Saya tak pernah rasa penat/beban walaupun berapa kali atau berapa kerap bangun malam untuk menyusu anak. Sungguh tak tipu. Saya cuma ingtkan diri sendiri semua itu dari Allah. Semua nikmat dan dugaan dari Dia.

Memang tak perlu pun nak kira berapa kali..untuk apa..untuk menjawab soalan kawan2? tak perlu sebab bukannya tetap pun dia bgn..3-4 kali ke 4-5 kali ke..2-3 kali ker..kdg2 tak bgn langsung menyusu..sekali sekala jer bila dia kenyang sgt kot sblm tidur malam tu. Ok saya akui n tegaskan balik kat sini situasi kita semua lain-lain. Tak boleh nak pukul sama rata. Mungkin ibu-ibu lain terlalu banyak kerja lain lagi kene buat. Ya itu memang dah semestinya kan. Walau apapun yang kita rasa dalam membesarkan anak/anak2, semoga tiada keluhan sebab takut terbatal semua pahala besar yang Allah dah bagi.

OK lar..malas nak membebel lama2, lapar la.....