Pre-preparation

29 weeks - babycenter

Approaching 29 weeks. 79 days to go (based on pregnancy ticker). Maknanya posisi kepala baby dah berada di pintu serviks? Patutlah mama rasa tendangan2 padu kat bawah dada tiap masa. Kuat betul, kadang rasa macam terhinggut-hinggut je tubuh mama. Nak-nak kat office, sampai stop buat kerja and peratikan gelagat si kecil. Hopefully, xde officemate(s) yang perasan.

Sebenarnya mood untuk membeli-belah barang baby macam down sikit. Sebab dah fikirkan perkara lagi ke depan. Sebenarnya mood panic dah melenggang datang...Mana taknya, bila orang tanye je dah baper bulan, lepas jwb tu sure diorg akan cakap..ooo x lama lg dah!
Dush!!

Mula la tak sabar nak tunggu weekend untuk basuh seme pakaian baby. Sebelum ni siap tanye nurse, week ke berapa nak kene basuh sampai nurse muda tu tergelak! Jawabnya tak kesah bila2 pun. Dalam hati, oooo ingatkan week 30 ke atas. Bendul wallurus betul saya rasa. So, malam bru ni dah jalankan misi unpack seme pakaian yang dah beli tu sambil suami mengadap kelakuan dan kerakusan isteri buat aktiviti tu. Huwaa..sebab packing nya comel-comel sayang la pulak. Menimbun la plastik. Memandangkan ni masih musim cuti sekolah jadi, saya belum ada 'privacy time' untuk buat semua kerja2 excited ni.

Check list;

  1. Kene basuh pakaian baby - sort - simpan.
  2. Ke rumah bidan
  3. Air selusuh
  4. Homopati - selusuh



Jangan pernah merasa kuat

...selagi hati belum teruji.
Perkara yang paling lemah untuk manusia atasi dan kawal ialah nafsu, cinta. Sebab tu timbulnya stigma CINTA itu BUTA.

Kosong..kosong

Life @office nowadays cam duh! Huh! Uh! With some sort of awkward matters, bundle of tasks!

Life is empty with only job. Ape kebende ntah saya tengah mengarut ni. Yang pasti otak tengah kosong, kosong mcm lagu Najwa L.

Masa bujang2 dlu, sorg kenalan prnh ckp life ko msti bosan kan sbb asik buat keje jer. Time tu dlm kul 7pm, hantu mn yg rasuk saya masih buat keje2 coding kat rumah. Sambung blk dr keje kot. Time tu pakwe seme dah terbang kot, yang ada hanyalah kerja.

Berhati-hati dengan hati yang sunyi.

Time hati tengah kosong mcm ni lah macam2 boleh masuk dalam hati kita. Macam2 perkara yang kita nak ia melintas supaya memenuhi hari yg kosong ni. Yang pasti kita akan fikirkan kenapa kita rasa kosong sampai camni skali.

Rupa2nya, banyak perkara kat sekeliling saya dah berubah! Banyak! Semuanya tanpa diketahui sebab musabab.

Dan perasaan ini membawa kepada saya mahu cari peluang kerja lain. Satu keputusan yang paling berat untuk saya buat.


Temujanji dengan pakar O&G di HSNZ

Overact tak kalo termimpi baju2 baby? ayyoh..parah. kene beli lagi kot tp sehabis baik cuba bersabar. Dlm 2 malam lepas jugak kot saya termimpi orang2 jahat. Sangat menakutkan seolah-olah tiada jalan keluar. Nasib baik terus terjaga, dan meludah ke kiri 3x. (Petua bila bermimpi buruk. Dalam masa yang sama berdoa semoga dijauhkan dengan perkara tidak baik).

Hari ni 5-11-2012, appointment me(&hubby) dengan doktor pakar O&G kat sepital besar. Awal2 mama dah applykan cuti untuk diri sendiri dan hubby. Jadualnya 9.30am so nye hubby cam kalut sikit la nak menepati waktu yang ditetapkan. Hakikatnya sebut je hospital konpem la berduyun-duyun manusia. Nak daftar saja dan berpusu-pusu. nasib baik giliran beralih agak laju. Lepas dpt no giliran pertama, kene tunggu untuk ke kaunter. Lepas tu baru boleh ke bahagian Klinik O&G. Letak buku dapat no giliran lain: 688!
Sambil2 menunggu, kene panggil untuk temuramah. Masukkan rekod, timbang, perisa BP. Then, baru la tunggu giliran untuk jumpa doktor pakar. No 688 td tu. Rupanya no tu dipanggil randomly je. Ingatkan satu2! Saya siap suruh hubby balik office join meeting dulu ke aper. Hubby decide untuk tunggu jer. Dalam masa tu, hubby cakap 2 orang bos dia datang sepital! Haaa???! Terkejut lah saya, see! Sampai ke sini depa mai cari walaupun sekadar untuk minum2.

Tak tahu la nak marah ke ape. Tapi mesti lah hubby pun tak senang duduk entah berapa kali dpt kol, sms. Siap mari sepital lg.

Kebetulan tekanan darah saya naik dari biasa. 126/70 kot. Biasa2 110/70 jer. Bila timbang plk, tiba2 naik mendadak 2kg! Maunya terkejut. Sedapkan hati sebab tu penimbang lain.

Bila dah dapat masuk jumpa doktor, rupanya doktor berunding untuk pilih cara kelahiran pertama ni. Sama ada normal atau czer. Dan betulla seperti yang saya sangka saya kene jumpa pakar o&g ni jgk sebab saya pregnant dengan clomid induce. Kata doctor anak yang dikandung dengan bantuan ubatan adalah 'anak emas' something like that ayat dia saya lupa. Apa2 pun of kos la kami sangat inginkan anak ini selamat walau apa cara pun. Dan tanpa fikir panjang saya pilih bersalin cara normal walaupun tempoh menunggu yang hospotal tetapkan selama 6-8 jam sahaja. Bagi kandungan tanpa bantuan ubat, had untuk menunggu kelahiran ialah 12 jam. Separuh bezanya. Ape pun taklimat dari doktor tidak merisaukan saya kerana semuanya bergantung kepada kehendak dan ketentuan Allah. Kita hambaNya cuma perlu berdoa minta yang terbaik. Kemudian, perut saya diperiksa. Jantung baby dikesan. Denyutan 144. Doktor pon tekan2 and rasa2 perut sikit. Nasihatnya supaya jangan scan dalam tempoh ni sebab uri mungkin masih rendah, dan buat kita risau. (Padahal saya dah scan pun). Memangla risau sikit. Tapi boleh jadi alasan supaya saya dikecualikan dari travel. Waktu terbaik yang disarankan untuk scan ialah bila tiba 32minggu nanti.

Lepas selesai semua kami ke office coz hubby mahu sambung kerja. Saya agak kecewa. Kadang2 cuba untuk fikir positif. Adakah lebih baik suami mementingkan kerja sampai begitu sekali? Entah! *Updated: Oh ya, hubby x berapa sihat. Tu yang hati ni terbakor jugak bila dia kata nk masuk office. Siap pergi Kenyir tengok site. Sebelum tu dah bawak bekal pakaian nak joging. Cancel sebab hujan. Balik dr Kenyir pun dah dekat maghrib.

Untuk mengisi masa dan mengubati hati yang keliru, saya singgah pasaraya. Mahu cari skirt mengandung. Dan apa2 barang baby yang masih belum beli. Saya sempat grab 1 besen mandi baby. Dan balik rumah!



Bentuknya macam ni lah. Tapi color, mesti lah biru. Same color dengan bakul  baju. Warna biru n pink je ade. Pink pun strike pink. Memang sakitlah mata mandangnya. Jenamanya cap hayam je kot. Harga pon 17 hengget doploh sen sen jer. OK je lah itu je yg berkesempatan. Size nya besau jugak.

Congrats

Today, i found out 1 more ttc-ian was successfully got pregnant. Jay Farhana. Tau pun tru blogger ttc yang lain. Sebab since I terasa hati dengan seseorang yang berjaya preggy, I macam mls dah dah jenguk blog ttc lain. Sesekali tu ada la go tru jgk.

Apepun, saya sangat lah gumbira dengan berita2 ini. Saya rasa kagum dengan usaha gigih kalian. Saya still ingat nama Jay pun sebab dulu terbaca kisah pengalaman Jay bedah batin.

Ramai TTC blogger yang akan bukak blog baru khas untuk cerita pregnancy diorg. Tapi saya malas nak buat macam tu, sebab dah malas nak tuko2 blog. Dan sayang dengan blog sedia ada. Lagipun saya ada tabiat suka tuko2 url. Setiap kali tuko url setiap kali tu lah link2 blogger2 lain hilang. Har3. Hentahlah, macam xtau nak bg nama apa yg sedap sepanjang zaman. Tajuk besor blog saya bukan TTC lagi tapi tajuk yang sesuai sepanjang zaman; NEVER SURRENDER. hehe.

*Tahniah juga kepada TTC-ian lain yang berjaya! Jom berangan dan merancang yang indah2.