14 April 2012KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala isterinya parah apabila kereta mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di hadapan stesen minyak di Bukit Rangin di sini semalam.
Nasran Tuan Sariff, 39, yang berasal dari Kemaman, Terengganu, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala isterinya Rosemilla Mamat, 32, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.
Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata, ketika kejadian pada pukul 6.10 petang itu, Nasran bersama isteri dan anak perempuan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Flat Fikri, Kemaman.
Anak perempuan pasangan itu, Nur Faqihah Najla, 3, tidak cedera.
"Mangsa yang memandu Perodua Viva dari arah Gambang menuju ke Pelabuhan Kuantan dipercayai mengubah ke lorong kanan secara tiba-tiba menyebabkan kereta keluarga itu dilanggar sebuah kereta yang berada di belakangnya.
"Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas semula ke kiri jalan dan melanggar sebuah lagi kereta yang berada di simpang keluar stesen minyak itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. – Bernama
Sekarang kami dah tak dapat melihat dia lagi. Abg Ann meninggal pada petang Jumaat, 13 April 2012. Sebenarnya kami dah lama tak jumpa dia dan kami(merujuk kepada ahli keluarga saya) teringin untuk menjenguk dia. Sebab rasanya dah 3 tahun lebih dia menghidap penyakit kencing manis. Last time saya dah beberapa ahli keluarga smpt melawatnya di rumah pakcik saya, Tuan Shariff di BCB, Kemaman. Time tu dia pun dah kurus, tak segemuk dulu, asyik kene teguk air kosong berbotol-botol. Itulah kali terakhir. Dan bila dia dijemput Allah beberapa hari lepas, sekali lagi saya terkilan sebab tak sempat nak lihat wajahnya untuk kali yang terakhir. Mengikut cerita bonda saya malam tadi yang sempat lihat arwah, wajahnya agak jernih, jelas hidungnya yang mancung. Hanya Allah sahaja yang mampu menilai amalan hambaNya.
Waktu saya menerima berita dari anak saudara, saya kelu, terkejut dan berat kata-kata untuk memberitahu bonda saya. Kebetulan malam tu ramai kat rumah, famliy kakak #3 and abang #5 saya.
Kenangan dengan arwah menerjah fikiran saya. Arwah bersama 2 org kawan dia pernah melawat saya di asrama SEMSAS, kuantan bawa makanan pada hujung minggu. Itu memang tak akan saya lupakan sampai bila2, InsyaAllah.
* Kadang-kadang kita sangka Allah akan menjemput seseorang hambaNya melalui penyakitnya, rupanya Allah SWT mengambilnya dengan cara lain pula.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment