Spaggeti Goreng Mamak Handsome

Agak kejam tajuk menu. Bukan apa, sebabnya color dia tak segelap sepatutnya.


Rebus spagetti hingga lembut. Saya guna yang halus.
Tos/sejat.
Tumis bawang mesin macam biasa. 
Masukkan lada mesin. Saya suka taruk 1 sudu saja. Tumis hingga naik bau.
Masukkan sedikit garam, seketul ibu jari gula melaka.
Masukkan 1 sudu serbuk kari. 
Masukkan hirisan sayur kubis. (Terpulang pada korang yang suka sayur aper). Yo yo, i like freestyle. Sesedap n sesuka hati mahu taruk apa. Janji konsep mamak tu is there.
Masukkan renjisan kicap.
Saya tambah sedikit sos cili.
Pecahkan sejibi/2 biji telur. Lagi banyak lagi mamak. ;B
Kacau hingga telur hancur.
Masukkan spagetti.
Masukkan taugeh.
Perah limau sikit.
Goreng sampai ala2 kering.
Kalau ader keriuk2 sikit lagi kaw.
Siap.
Hidang bersama potongan tomato, lada besar, limau nipis.



No comments: