Product Review: Shaklee Nutriwhite


Lama tak buat product review. Baru beberapa hari saya pakai facial foam jenis ni, hubby dah tegur, nampak cerah semacam jer. Terus saya jawab guna produk shaklee siap bagitahu harga nya. RM95. Siap menambah, sesuai lah kualiti dengan harga nya kan bang? Hehehe. So far, puas hati. Jerawat pun lama dah x naik. Cuma dalam usaha pudarkan parut marut lama ni. Biarlah xde orang yang cakap berseri ke apa janji diri sendiri rasa kulit tak sekusam dulu. Lepas cuci muka, boleh nikmati rasa kulit yang sangat lembut dan rasa bersih.

Sebelum ni saya dan try Enfuselle Shaklee. RM71. Tahan lama la jgk berbulan-bulan, 4 hingga 5 bln kot. Nutriwhite ni pulak ada yang ckp thn sampai 10 bln! Berbaloi-baloi. Sebab nak jimat dan takot membazir dan takot malas nak pakai semua item dlm 1 set, saya beli facial foam je dlu. Walaupun teringin nak try night cream untuk rwtn intensive. Kemudian la kot, lepas abis pantang ke.

Kene rajinkan diri makan vits Shaklee untuk dapatkan kesan yang lebih baik. ESP dah habis!!!

Dental Check Up in 25 weeks

Hari ni ader appointment check up gigi. Nasib baik la only once along the pregnancy. Gerun jugak sebab ader gigi mama yang tak berapa nak boleh pakai. Huh ofkos la takot kene cabut. Eh, boleh ke cabut gigi masa pregnant? Ada yang kata buleh ada yang kata tak buleh. Lepas checkup nasib mama baik sebab tak payah la cabut.  Nanti abislah gigi geraham mama nak makan macamana. Dentist tu nak tampal je. Phew! Walaupun kene dtg klinik gigi lagi, mama rela jer untuk tampal sebab lepas ni boleh la makan macam biasa guna geraham kanan. Alhamdulillah.

Mama Needs


Merimaskan.
Tu yg dpt disimpulkan bila saya pakai baju mengandung jenis konvensional. Mungkin sebab faktor bentuk badan saya. Kot. Saya perlukan design tertentu untuk kelihatan kemas & bergaya(potong) & selesa. Demand la pulok. Macam kaya sangat jer. So, semalam tghri lunch hour, maka berkejaran lah saya menuju ke lokasi semalam. Tak jauh dari shopping complex ASTAKA.
Kedainya: Mom Basic Kuala Terengganu. Ambik 4 helai untuk test. Finaly, saya pilih overall yg sejibik sejibon macam kat bawah. Poket sisi yang mama beli ni lagi cun kot. Yeks. Color sama. Reason: Baju ni je yang kelihatan OK dan selesa dan sesuai dengan kerendahan saya. Harini terus pakai. Pun dengan inner color hitam juga. Dah itu je yang available.
Sumber: Google

Selain tu mama sempat grab 1 cloth diaper. Kebetulan 1 tu je yang tinggal jenis velcro. Harga pun x melampau. Insert dan fabric dalamnya warna gelap. Lagi 1 mama beli panties mengandung. RM15 sehelai. Puh. Pink coror!

Safety Fan



Must Buy Item.

Item yg saya nak sgt (fokus utk kegunaan mama kat ofc), alih2 masa pilih mosquito net tu, daddy suh amik safety fan ni skali tuk sangkut dlm kelambu baby. xpe, mama guna dlu k, nnt kalo x ckup kne beli lain tuk baby.

Sbnrnya bila membeli-belah dgn kdr tkot penat, mama main sambar je la mn yg penting. xnak dah biru, sambar je fan color ijau ni, x teliti dh ciri2 ke haper kan. janji kipas.

Dh blk bru la nk try haper sumer. tu pon brg2 mcm ni si hubby la yg akn unpack dah bgtau ape bende sumer.

Rupanya bende alah ni sgt la cute. dan rupanya ade lampu led kecik2 tersusun kat dpn. bila on bru lampu ni nyala. how sweet.

Plg utama, nama pun safety fan. maknanya kalo baby sentuh msa ia berpusing, ia akn stop sndri. atau stop kjp. sbb bilahnya diperbuat dr bahan poliester kot. yg lembut tu. mcm polistrin. tu pon sya mcm reluctant utk sokong niat hubby nk gantung dlm kelambu baby. huhu. yg plg x blh blah, si daddy siap test serkup mama tdo bwh kelambu tu, n rsa sendiri pns ke tak. sbnrnya nk test size kelambu tu jgk. trnyata mama pon blh guna time trdesak dibaham nyamuk..hahaaha..

Kelebihan safety fan ni lg: blh guna dgn kabel USB. Perfect for mama yg salu duk dpn lappy. kalo nak guna dlm mn2 bilik kecik(bilik solat kat ofc), kene pakai bateri. tp since solat melibatkan pergerakan duduk dan bangun, penggunaan ni agk kurg memuaskan namun dpt la membantu sikit drd xde langsung udara yg bertiup..

Expo pakaian & barangan baby

Dan barangan lain juga..termasuk katil dan tilam sweetdream, cadar, bantal..


Main focus: pakaian & case, ape segala jenis bakul..

tgk2 5 lai je beli pakaian baby. sbb xnak la cuma bernafsu kat situ..huwaa..kne merambang mata tmpt
lain lak kot. mn tau kot2 tmpt len lg murah ke lg cohmel ker, kan.xpe, sabaq!

kelajuan internet mcm harem je kat ofc..huh..tgh tggu upgrade. so, keje pon mcm mls je la kan sbb terjejas dek ke-slow0an intrnet..

Layankan saja barang2 yang dah digrab setakat ni;
Mcm psr lambak

Ini senonoh sikit



Rupanya baby dah ada 4 hat

Sambar kat Giant jer

Segala yang sempat sebelum mama letih

Time ni kan main baby duk tendang2 perut mama, x sabo nak pakai kasut lettew..



Pick this one sebab color yg soft

Add caption

Mama punya cadar. Mama akan guna bila baby dah kuar nanti


Termasuk yang order online

Diaper bag, harusss jalur2

Cute Booties! Merangkap kasut baby utk 1st three month

tanpa mengenepikan keperluan baby yg lain, mama rs ank tmbh bju pregnant la.bkn bju je tp lain2 juga.
tp biler? biler? biler? ooooh...masa.

Cara untuk log on ke account RHB Islamic

Panduan mudah untuk sesiapa yang baru membuka akaun RHB Islamic dan sebelum ini telah pun mempunyai akaun RHB konvensional.


  1. Anda log on ke online banking RHB seperti biasa menggunakan id dan password yang sama.
  2. Pilih menu Account
  3. Pilih Manage Account
  4. Klik dalam kotak(check) new account no yang baru tersebut untuk menjadikannya visible, jika anda mahu akaun/no akaun RHB konvensional/sedia ada tidak kelihatan, uncheck/buang tanda pada kotak no akaun tersebut
  5. Kemudian anda diminta masukkan OTP (One Time Password).
  6. Selesai.
Semoga dapat membantu...


Shopping keperluan baby for the 3rd round

Rasa macam sedikit cemas bila masa dirasakan berlalu lebih pantas. Even kerja saya mengadap laptop all the time, saya punyai waktu terbatas untuk update setiap babak perjalanan hidup, even at home I used to surfing or reading web, blogs etc.

Busy dengan raya haji, kematian tokki (hubby), kenduri rumah mak sedara hubby, hal pembersihan rumah baru kakak #2, dan ada beberapa lagi perkara perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Saya nak lengkapkan kesemuanya selagi masa berbaki sebelum hari kerja bermula. Dan kami mendapat berita 1 lagi kehilangan saudara. Akibat lemas di pantai. Dugaan..

* Pesanan penaja rasmi: Jangan bermain pantai pada hujung tahun dan awal tahun.

Ye, semua sedia maklum, sudah itu jalannya ke sana. Kita bagaimana pula yer?

Today is the finest day when hubby took me to baby stuff expo. Yeay! Bukan senang nak jumpa masa berharga untuk kami berdua bershopping sakan barang baby. Nex2 week dia buzy dengan kursus penting pulak.

Ingatkan tak berkesempatan untuk merasai expo2 sebegini di negeri pantai timur, namun sangkaanku meleset. Walaupun expo tu bukanlah 100% barangan baby, at least I sempat grab apa yang boleh. Ada juga yang branded, ada yang boleh dikatakan murah/berpatutan, ada yang boleh dikatakan pricy. Then, merayap ke wing kiri. Jualan katil dan tilam Sweetdream je, k-baik..jenguk dan pilih cadar for mommy lah pulak. Mommy tumpang sekaki sambil2 shopping baju baby.

Mood tak puas dan sebenarnya masih banyak keperluan baby yang kene penuhi, hubby menurut emosi teruja saya sambung shopping kat Giant pulak. Giant lagi. Dari kedai Anakku, ke World of Cartoon sampai lah ke bahagian dalam Giant. Biasalah. Semua saya kene jajah. Dalam masa yang cepat, sebelum kepenatan mengganggu gugat emosi. Dalam hati tak de dah aktiviti belek2 cuma grab sajer barang yang agak2 seswai!

Dari jam 11am-2.30ptg baru sampai rumah. OK. Puas. Shopping brg baby round ke3. Ada lar berjumpa beberapa pasangan yang dikenali satu ketika dulu but since we all pun tak pernah rapat dan masing2 sombong, buat2 tak nampak jer lah yer. Ampun lah.

Blacklist online baby shoppe tu??

Geram. Tak puas hati.
Order dan bayar on 19-10-2012: Jumaat
Ok. Consider Sabtu & Ahad diorg cuti. Sefatutnya Isnin tu 22-10-2012 dah called bgtau psl stock yg xdak tu.
23-10-2012: Selasa, Baru nak call bagitahu ader 1 item out of stock! Sedangkan sepatutnya kes out of stock blh didetect dari website lg masa process online shopping.
Bz. Tak dpt jwb.
24-10-2012: Rabu, Baru dpt bercakap n dia tanya nak refund ke nak plh brg lain. Itupan ckp cepat2 je tak sempat nak tanya lebih2.
Hari ni la baru nak POS barang.
Today dah 25-10-2012: Berbalas email. Konpem lah tak kan dapat dah minggu ni. Kene tunggu minggu lepas raya.
Paling cepat barang boleh sampai: Selasa: 30-10-2012
Antara 19 hingga 30hb: 11 hari!!

Keterujaan beronline shopping musnah sama sekali!

Kene lebih careful dalam memilih online shoppe lepas ni, banyak lagi barang perlu beli secara  online. Kalau fikir2 pun, tak boleh nak menyesal sebab kebetulan dapat barang yang cute2 dlm tu, harga pun not bad jugak. Kene la consider bab2 service, terpaksa la bersabar brg dpt lmbt sikit. 

Updated:
Sangat berpuas hati dengan bodysuit baby yang belang, color nya sangat awesome, melebihi gambar dalam web!! 

Boyish

Genap 24 weeks alias 6 bulan kandungan saya. Syukur yang tidak terhingga. Semakin menjadi-jadi pula mood untuk shopping. Sebenarnya dah janji dengan hubby untuk shopping baju baby sebaik sahaja dah discover baby's gender. Saya plan untuk lengkapkan barang asas sebelum mencecah 7 bulan. Dalam masa yang sama juga cuba dropkan barang2 yang sangat tak penting, tujuannya untuk mengurangkan cemas sebab nanti nampak masih banyak yang belum beli. Pandai2 jer psiko diri sendiri walaupun niat hati nak berbelanja secara praktikal.

So, yeah..Online shopping! (For buzy parents). Buzy la sangat kan. Biasa saya dgn bonda atau dgn hubby curi-curi masa hari  minggu untuk round shopping complex untuk survey dan beli barang barang sedikit demi sedikit. Tapi sebab hujan berpanjangan semalam, tiada tanda untuk berhenti, kat online pun jadi kerjaan. Lepas satu persatu online shoppe yang saya singgah akhirnya berhenti di peekaboo. Maka menangkalah beberapa item di bawah. Harga sangat berpatutan dan puas hati.
Bukan saja si daddynya suka benda unik, mamanya pun! 
Cute kan? Sebelum beli mesti imagine dulu benda alah ni berada di kaki2 comel anak anda.
Cinta pandang pertama pada bodysuit ni. Nasib baik sempat. Mama's choice.
Rugby in theme. Daddy's fav sport.


Must have for 1st time mommy. Besen belum beli. Belum jumpa yang sesuai. Baru beli netnya.


Last but not least. Tomee Tipee idaman mama. Malas nak beli  asing2 kat fb shop walau pon dah aim color biru, mama pilih kat sini je, color green. Green adalah 2nd choice jika xde blue.
Spot the based color. BLUE. Kebetulan atau kesengajaan tak tahu lah. Semuanya tertangkap dek mata mama. To boyish our boy.. Kalo tak ada blue pon saya tak kisah, chocho, khaki, peach is good enough for baby boy.


My new boyfriend...

Hensem kan? Sila angguk kuat2.
(Tak boleh ker kalo post gambo je xyah cerita. Tapi gagal. Kene cerita jugak kebaikan doktor yang menjadi buah mulut kami2 di office ni ).

Klinik NurAeen. Yang paling dekat denga tmpt kerja kami. (Kejap kami, kejap saya, kejap mama..uh wateva lah...)

Puas la duk fikir kat mana boleh buat 3D scan selain kat specialist tu. Buat2 kedeks dulu la kot ade alternative lain. Susah2 sangat lepas google tak dpt tahu jgk, terus decide nak pergi saccing jer kat mana2 klinik at least boleh tahu gender cukup lah.

Malam tadi SIL - K.Nurul rekemen la klinik ni. Kat klinik ni siap boleh buat rutine check up untuk ibu menagndung. Wah! Ini baguss bangat! Tak payang buang masa kat klinik gomen lagi. (Mentang2 tgh bz projek.)

Asalnya pergi klinik ni sebab dah seminggu macam tu rasa macam berlayar jer. Mula2 buat dek jer sebab tak fikir apa2 risk. But then, tiba2 terfikir takut BP naik ke kan. Mula la terbayang kes itu dan ini. Oh! Terus lah mari jumpa doktor kat klinik ni for my very 1st time. Lepas check itu dan ini, rupanya BP saya turun sket. Walaupun tak bahaya tapi kene jugak amik langkah jaga-jaga. Puncanya: Kurang exercise dan kurang makan (berzat).

Kurang exercise - konpem lah sebab otak je yang bekerja sambil duduk je sekerat hari bru bangun.
Kurang makan(berzat) - Kurang makan mungkin yer, zat tu tak tahu lah sebab tak sukat. Tapi sentiasa usaha makan buahan.

Then, doc check gula dlm darah. Normal. Tak tinggi. Lepas tu minta doc scan sebab nak tau baby gender. Yeyeah... Gi baring..gi baring..

Nah kau!! TV besor kat depan tu har. Nengok lah sampai buntang mata. Ni baru gempak. Ini klinik lain sampai terteleng2 kepala kita nk tgk screen. Sumpah suka sangat klinik ni.

Bilamana doktor letak je benda scanner tu kat perut..adoi.....anak mama dah siap kangkang! Doktor gelak2 sikit sambil control sopan. Nakal la anak mama ni. Sungguh telus. Sebab dia tau2 n paham2 je niat mama hari ni. Tak main sorok2 dah, tunjuk terus. Puas la saya minta doctor explain psl saya naif jgk bab2 imej scanning ni.  Doc tunjuk la secret part anak mama tu...hehe..malunya nak explain. Kata doktor memang jelas.

Alhamdulillah, keyakinan mama bertambah. No more pinky ye syayang..and the toughest part is kami belum ada simpanan nama untuk boy. Nama girl je ada atas persetujuan bersama. Nasib masa panjang lagi untuk fikirkan benda yang susah ni.

Lepas dah siap scan, doktor yang baik dan cute ni siap cakap..lepas ni boleh la pergi shopping barang baby. Barang je baju dia sebut ntah la. Lupa. Siap tanye nak shopping kat mana? Saya cakap bz punya pasal biasa shopping online jer. ;B Then doktor siap rekemen web fabolousmom.com..

InsyaAllah akan berkunjung ke sini lagi..buat check up.

Almost 24w: Tak Nampak Sangat



Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT, kandungan saya hampir mencecah 6 bulan. Walaupun pagi ni kakak yang jual sarapan pagi dekat rumah tak tahu lagi yang mama dah ada baby kat dalam mama. Baru la mama bagitahu. Katanya tak Nampak sangat bump mama. Nampak semakin gemuk jer. Mama gelak je lah. Tak kisah la mama Nampak makin berisi, yang penting baby semakin kuat dan sihat. InsyaAllah.. bab kata kawan baik mama, anak pertama memang bump kurang jelas. Sebab perut dan Rahim masih kemas lagi. Factor ni terpulang jugak pada tubuh badan masing-masing.
Rupanya dah nak masuk trimester ketiga, T3. Betulla seperti pembacaan saya, trimester kedua biasanya terasa cepat masa berlalu. Sebab utamanya ialah trimester yang paling enjoy, tanpa symptom yang mengganggu aktiviti seharian. Tambahan pula dengan kesibukan tugas yang memerlukan focus yang tinggi.
Alhamdulillah,
Dari sehari ke sehari pergerakan baby semakin aktif. Dan saya semakin faham jadual si sweetheart kat dalam my womb. Pendek kata, selaras dengan lumrah ciptaan Allah SWT, bonding antara anak dan ibu semakin kuat dan serasi.
Time mama bz, dia pun bz jugak la bersilat dan bergendang sakan. Time tu mama pun tak terlayan sebab terllau bz dengan tugas di office dan kadangkala menyambung tugasan di rumah sehingga jam 1,30am. Selama tu lah juga baby temankan mama buat kerja.
Time mama kepenatan, baby pun sama lah. Punya la dia malas nak bergerak. Sampai mama kerisauan. Pujuk2 pun tak makan dah. Diam je sampai la mama pulak yang merajuk. Aci ke mama merajuk dengan baby? Bukan merajuk, sebenarnya mama tak nak terllau memaksa baby untuk bergerak. Mama tahu baby perlukan bila2 masa saja untuk berehat, bermain dan macam2 aktiviti baby kat dalam Rahim mama. Subhanallah.. dats why mama akan cuba elakkan daripada terlampau penat. Sebab mama tak nak baby penat macam mama.
Satu perkara yang sangat cliché, bila daddy nak rasa pergerakan baby, baby dia. Sampai daddy bosan menunggu yang sambil2 buat keje lain and mama akn bgtau semula bila baby gerak. Apepun daddy dah beberapa kali merasa pergerakan baby. Kalau baby malu, daddy akan dekatkan telinga ke perut mama untuk dengar aktiviti baby. Time tu daddy akan dengar bunyi buih-buih meletup yang jelas. Walaupun mama tak dengar bunyi tu, melalui pembacaan dan pengalaman orang lain juga, mama tahu itulah bunyi aktiviti baby kat dalam mama.

* Ader orang tu dah tak malu nak bahasakan diri PAPA to baby.

SEMOGA ZURIAT MAMA & DADDY SIHAT DAN CUKUP SIFAT SERTA JADI ANAK YANG MENYEJUKKAN HATI KAMI NANTI..AMIN

Mama's choice: handbags

Design memukau mataku
Newbie
Smart enough!

My fav color
Argh! Sangat berkenan dgn ini design..adoih!
And the newest of mine was here! Sampai semalam, terus pakai ke office hari ni.Tak nyempat. Excited tak hengat. Baru lah terasa diri real executive! Rasa nak kelek salu jer. Ok, sila muntah!



"Mama Work, Mama Bz"

Mayb tagline tu jgk yg akn diguna bila anakku mengerti esok2 hari. Oh! Sorry darling. Bila bz focus buat coding kat office, maka tak sempat nak bg respond bila baby tendang2. Semoga baby faham commitment mama.

Semalam, 10-10-2012...Start dari mama solat maghrib, baby dah start bermain-main kat dlm rahim mama. Lepas solat, lepas baca Quran, mama saja nak rehat peratikan gelagat anak mama & daddy. Sebelum ni mama tak pernah tengok perut mama secara exclusive saat baby tendang2. Sebab mama x expect boleh nampak perut bergerak. But once mama dah perati betul2, baby semakin aktif menendang or menumbuk sampai perut mama beralun-alun. Sambil2 mama borak dengan nek chek. Tapi malam ni baby gerak agak lama. Mama rasa sangat amazing dan Subhanallah.. Kelakar dan geli. Sayangnya daddy dah out station ke KL ptg td. Bila mama nak rakam aksi baby, baby terus diam. Sama macam bila daddy mahu sentuh n main2 dengan baby. Baby mama ni pemalu rupanya. Sama macam daddy kamu. Pemalu!

Harini mama pon outstation jgk..




Woman Is Always Woman

Dah final lps diskas dgn kawan, hold dulu untuk beli diaper/baby stuff bag. Utamakan yang multipurpose. For Mama & Baby 2 in 1. Kan ke jimat tu. Alkisah tdo malam baru2 ni mama siap mimpi. Nampak orang pakai hbag lawa jer. Terus pergi cari. Siap jumpa tu. Jenama FENDI. Harga RM800 lbh. Pergh. Jurujual tu siap bisik lagi, dia boleh bagi harga diskaun. 10%. Alahai, ingat 70% ke kan. Terus cancel. Kan ke mama dah kempunan dalam mimpi tu? Hari seterusnya, ada akak cleaner yang umahnya sebelah shopping complex. Katanya ada sale handbag gila2 punya. Yang harga RM400 ke ats pun dpt less banyak. Perasaan agak menggelupur jugak la nak pergi tengok. Tapi apakan daya, "Mama WORK, Mama BZ". Tetap dengan tagline ni. Dan baru-baru ni, mak saya tanye.. Bila lagi nak beli handbag? Kata nak beli. Adoi! Ini sudah kemuncak (keriangan!). Saya mana lah boleh kalo ada orang cucuk camni. Lagi meliar lah angan2 nya.

Ehem. Tak tahan dengan iklan hari2 duk dengar. Hari ni plak ternampak kwn blogger - Tina got influenced with ZALORA. Saya pun apa lagi, mula la ....

Once you sign up, you got RM20 voucher. Can use for your next purchase. Malangnya voucher tu hanya boleh guna 1 week after you sign up. Dan memandangkan item yang saya nak sangat tu dah tinggal last item. Dengan berbekalkan kerugian doploh hengget, kene la beli jugak. Sebab kalau tak beli, nanti ada mimpi kempunan susulan.

Yang bagusnya web zalora ni, lepas kita dah confirm order, and move the item to our wishlist, then item tu xkan di display lg dah dlm katalog unless ade stock lain. So, senang la orang lain nak shopping dan tak kecewa.

Item belum ada depan mata dah nak buat review, kenapa kau?

Bila zoom dekat2 boleh nampak material dia macam leather. Main point - tahan lasak. 2nd, the colour. Memang teringin nak cari new handbag yang colour cerah pulak. And this colour, perfect enough.

Size: L: 35cm x W: 3.5cm x H: 29cm
I think it is big enough for mine and baby stuff.
Front View: For me ia kelihatan sangat smart, yet intelligent. Eh! Bukan otak manusia ni. Nampak exclusive untuk dibawa ke office. Bila ke office, boleh kelek macam biasa.

Side view: Untuk jadikan sling bag. 

Back view: See! Boleh adjust tali dan jadikan bag sandang belakang.
Sangat berbaloi sebab 3 in 1 way to carry. Jimat kan?

Untuk penduduk east malaysia, diorang ambil masa 3 hari untuk sampai ke depan pintu. Oleh kerana hari mama order ni dah hari Rabu, dan jumaat pulak kat sini cuti, so mama assume akan tiba pada Sabtu ni. So that Sabtu office tutup, kene la bagi home address.

* Hopefully hari ni akan sampai barang yang mama order sebelum ni, bakul rotan pakaian baby, barut baby and facial foam nutriwhite shaklee. (Elok juga tak jadi outstation harini.).

Alhamdulillah...Sekian!


Mumu Akuaku

* Amaran awal: Catatan ini tidak bersangkut paut dengan hal rumahtangga dan kasih sayang keluarga, harap maklum.

Wah rasanya tak dapatla nak hipokrit nak tulis yang gumbira-gumbira jer kat diari terbuka ni. Hajat di hati nak mulakan kerja-kerja kritikal seawal mungkin tapi apakan daya, pagi-pagi hari dah rasa tersentap. Orang kata tengah berbadan dua ni tak boleh fikir perkara negatif, kene sentiasa positif. Kita bukannya malaikat untuk mengawal perasaan yang baik-baik sahaja. Saya cuma manusia biasa yang kadangkalanya hati terusik. Kadangkala emosi keterlebihan. Cengeng sekali.

Hati terkecik dengan seseorang yang dulunya dianggap seolah-olah macam ahli keluarga sendiri. Kini semakin jauh dan jauh. Entah la, konfius mahu menghadapinya setiap hari dengan reaksi yang bagaimana. Berjayakah saya mengabaikan rasa sendiri yang bengkak, kecewa dengan perubahan dan kesombongan orang lain yang tidak diketahui puncanya. Mungkin saya ada tersalah apa-apa tapi saya tidak pernah tau. Rasanya saya sebaik mungkin menjaga hati semua kenalan.

Saya tanamkan dalam hati. Allah tu sentiasa adil. Maha segalanya. Serahkan saja urusan di luar kawalan kita padaNya. Dia berikan sesuatu kesenangan pada seseorang tu dan dalam masa yang sama ada kesusahan yang melanda.

Do our own business!


Unik

Ibu-Ayah
Ibu-Abah
Ma-Abah
Umi-Abah
Mak-Abah
Mama-Ayah
Ibu-Ayah
Ibu-Abah
Umi-Abah
* Panggilan adik-beradik saya oleh anak-anak diorg.
-----------
Mama-Papa
* Panggilan adik ipar & biras oleh anak-anak diorg.

Hubby sukakan something yang unik. Kalau boleh tak nak sama dengan orang lain. Nama anak kami nanti pun dia tak nak nama yang biasa-biasa. Aduhai. Nama baby girl yang saya pilih dah diluluskan oleh hubby tapi nama baby boy belum lagi.

Now kandungan saya dah masuk 22 weeks. Baby pun aktif bermain di dalam. Tapi kami masih belum ada panggilan yang final oleh anak sulung kami nanti. Hubby biasalah, dia super pemalu dan masih berusaha biasakan diri untuk berkomunikasi dengan baby. Yang terbaru dia bahasakan diri dia Papa. Haha..
Dan saya selalu bahasakan diri saya Mama bila bercakap dengan baby. Tapi depan hubby, saya selalu tersasul sebut Mommy. Dan dalam diam, saya suka jika anak-anak2 panggil hubby sbg Daddy. Sebab? Langsung tak sama dengan adik-beradik kami. Mula-mula saya teringin panggilan Ma & Pa. Tapi Ma adalah panggilan saya pada MIL. Tak nak sama lah. Mungkin juga selera akan berubah bila anak kami betul-betul ada depan kami nanti. ;)


Moms got over excited

Pagi Sabtu yang indah bawak bonda pergi cari hangar pakaian dan bakul JER untuk baby. Sampai je level brg baby, terus sambar troli. Nampaknya niat JER tu hampir terpesong. Mari kita tengok siapa yang pesongkan. Haha. Macam perangai biasa saya suka membelek-belek(lebih dari membeli). Cerewet la sangat konon kan? Setiap kali belek tu lah bonda saya suruh ambik JER. Saya pulak yang minta bonda saya pupuk kesabaran. Haha.

Mula2 saya belek changing mat. Mom suruh ambik yang besar. Rege hampir rm30. Aish, tak perlu la besor bebenor, newborn baby jer pon. 2,3 kali jgk bertarik tali dengan mak saya.. Dengan alasan mahu membajet, saya amik yang kecik je(* time ni tak bajet pun bende alah ni kne bwk travel). Sebelah color pink sebelah lg color biru. Adil kan?

Oleh kerana masa shopping ni amat limited, saya tak sempat la nak belek beria. Lagipun tak berani nak beli banyak lagi sebab nafsu nak bershopping kat tempat lain2. Boleh compare kualiti dan harga. Akhirnya dapat lah tangkap barang penuh bakul baby tu.

Gambar, kemudian. Oh! Macam perlukan kamera baru je!

Lepas zohor, pergi kenduri. Balik dari kenduri hubby ajak pergi shopping complex! Again mood twist to happy. Hubby minta pilih nak pergi kat mana. Saya pilih Giant je la sebab tak perlu nak naik tangga bagai. Masuk kedai Anakkau dah sambar 1 barang. Dan cuma untuk survey harga. Masing2 tergelak tengok harga stroller newborn, RM1999. (Konpem pakainya beberapa bulan jer kan). Masa mama belek kain bedung yang ada 3 patern color pink, oh macam mahu lompat2 sebelah hubby. Berjaya tahan nafsu. Letak balik. k-bai.

Oleh kerana niat nak survey je lebih - sampai kaki lenguh dan mula berfikiran liar  untuk lengkapkan barang cepat2. At last, dapt lah 3 barang je untuk baby. Paling tak boleh blah rasa nak sangat ialah stroller dan katil baby. Tapi masih mengidam white baby cot. Mana mahu cari kat KT ni oi, lainla kalu dapat jejak ke IKEA. harga pon sure ngeri. Dapat sampai mana2 Jusco pon dah kira cantik.

Maka, pupuk lah kesabaran. Benda2 itu harus dikemudiankan.

Next plan untuk scan for baby gender at 6mnths. Lepas tu baru la nak beli pakaian baby.

M2B Club @ Ofc

Pepandai je bukak kelab malam bakal ibu kat office. Hari ni dah tangkap lagi sorang. Yang sweetnya, tiga-tiga orang pregnantkan anak 1st. Walaupun mereka berdua tak sesukar saya. Apa pun, itu semua kerja Tuhan. Beza kehamilan masing2 lbh krg 2 bln. Tapi, takde la banyak masa pun untuk share experience masing2. Bz keje la sangat kan? ;) Fokus2!

Saya due: Early Feb 2013
Sorg tu: End March 2013
Sorg lg: Early May 2013

Berita kehamilan rakan2 office haruslah disimpan sorang. Tak perlu lah nak spread tak tentu hala sangat (walaupun ia berita baik). Sendiri pun tahu dan faham sangat akan perasaan itu sebab pernah TTC lama. So, biarlah orang lain tahu dengan sendirinya. Sebolehnya saya pun nak usaha bagi idea pada rakan2 yg tgh TTC. InsyaAllah semoga Allah permudahkan kawan2 TTC saya yg lain. Amin.


Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba

Baru ni duk citer bab-bab bajet diri sendiri depan bonda saya..tiba2 bonda suarakan, bila nak beli lampin baby?

Hah?? Oh! Ok. Sebenarnya bonda saya yang lebih excited. Excited yang dipendam-pendam. Kalau ikutkan dia tak bagi beli awal. Saya pulak tak boleh tunggu sangat sebab kerja sangat bz. Tak banyak masa nak survey(kes manusia cerewet mcm saya) dan merayau cari barang. Tambahan ada beberapa kali lagi siri ulang ke Kuantan jumpa client.

List dah lama buat. Tapi masih blur nak beli apa yang penting dulu. Huh.Panic tone!

Baru order bakul rotan tuk buh kain baju baby. Beli online jer. Semoga bakul rotan ni tahan sampai anak keberapa pun. ;)

Saya pilih yg ni. Saiz L. Nampak mcm thn lasak. Corak kain alas tu available yg itu je. Terima je lah.

Asalnya berkenan yang ini. Sebab color cerah. Tapi no response dr pemilik blog.

Next survey for: Baby stuff backpack.




Kenapa tak sabar nak kawen dan mengandung?

Dulu, tak sabar nak kawen sebab?

  • Nak dpt hadiah banyak2
  • Nak pilih2 keperluan kawen
  • Nak pakai baju pengantin
  • Nak bergambar comel2
  • Nak makan lauk pengantin (konon2 boleh melahap semua, pdhl cinonit je)
Tu jer.

Allah bagi kami masa hampir 4 tahun berehat sakan. Buat dan selesaikan apa yang patut. Menyusun bajet dan segalanya.

La ni, tak sabar nak mengandung sebab?
  • Nak tengok perut sendiri memboyot - cemana la rupa. Rupanya bkn perut je boyot.
  • Nak beli baju peknen comel2.
  • Nak pakai baju peknen.
  • Nak pilih2 & beli barang baby. - Ah lambatnya rasa masa tu tiba. Target nak memborong end of year. Hati meronta-ronta.
  • Nak rasa cemana baby gerak/tendang2/karate dalam bump. Subhanallah, macam mimpi. - Sentiasa tertunggu-tunggu, sehingga kadang rasa macam terlalu memaksa baby buat gerakan. Baby pun letih layan mama.