Salah faham mengenai P.U.A.S.A
Dalam ralit membaca artikel mengenai Ramadhan dlm blog Zaharudin, ader 1 bahagian yang menarik perhatian;
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
Terus teringat psl memeber2 baik berpuasa masa zaman campus dulu. K.Yana n Ceksu ni jns kene sahur gak walo mcmnpon. Ditakdirkan 1 hari diorg terbangun lwt...maka gelabahla diorg menyediakan mknn. Kui3. Dengan gelojohnya bersahur sambil mata asyik kerling jam je. Mmg dah nk masuk/ dah masuk imsak tp..script K.Yana yg mmg xleh lupa sampai skang ialah.."Tak pa ciksu, makan je. Tuhan paham..."
Bila refresh blk hal ni sama2 member..mmg kami ketawa pecah berderai..
Lg 1 part;
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
Aku suka part ni. Nak kata malas bertarawih tu xde la sgt, tp disebabkan alasan2 lain mcm bdk2 yg bising dalam surau/masjid, mercun, and suara2 lelaki yang menjawab tasbih dengan ala2 menjerit..buat aku rimas..and hati mengutuk je. Better buat e ibadat kat umah dengan tenang. Lgpun peristiwa dilempar mercun kat kete ak..masih segar..menggeletar aku tahan marah..ikut kan amarah..nak je aku g rempuh bdk2 main mercun x seda diri tu..sabar je la..tegur pon x guna bdk2 skrg..buat diorg lg marah ader la..
No comments:
Post a Comment